mael's


Blog For Free!


Archives
Home
2004 June

My Links
friendster
smkasians family

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam
06.15.04 (8:11 pm)   [edit]


Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

 
Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa
06.14.04 (5:45 pm)   [edit]

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata
tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.
 
9 jenis syaitan....
06.07.04 (3:55 pm)   [edit]

"Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan":

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko,kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,
suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


10. Isetan. ( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &.....
Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

:twisted:
 
Pepatah Melayu....(untuk release tensen semata-mata...)
06.07.04 (1:30 am)   [edit]

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna syampoo.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.(tulah... lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... pulut pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi...)

12. Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.

13. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

14. Biar korek hidung jangan korek tabung.

15. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

16. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

17. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi..... boleh blah.... lah....

18. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

19. Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu... mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)

20. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

21. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macamtu lebih baik tak payah hujan.

22. Biar lambat asalkan perlahan.

23. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

24. Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.

25. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.

26. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.

27. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah....

28. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

29. Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah....

30. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan
lari jugak.

31. Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)

32. Patah tumbuh, hilang report-lah polis.

33. Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.

34. Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.

35. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

36. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak jugak.

37. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah
beli jarum yang baru.

38. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

39. Bunga tahi ayam bukannya sekuntum....

40. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey Kajang lagi best......

41. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

42. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai.

43. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak buang.....

p/s: yang baik leh wat teladan..klu tak baik cepat2 jauhkan ..oke
:lol: